Sunday, November 20, 2011

TAMAN ANGGUR PERLIS

TAMAN ANGGUR,PERLIS

Selamat Datang ke Taman anggur,Perlis yang terletak di Sg.Bt.Pahat...Ditubuhkan pada 1986 dengan kerjasama UPM dan Jbtn Pertanian Perlis. Cuaca disini agak panas tp sesuai dgn anggur ditanam di Malaysia.Semasa saya smp di taman ini..mmg terliur sgt tgk anggur yg ada..berada betui di atas kepala kita bl melalui pintu utama Taman ini.

 Ini la anggur yg ada...sedapkn...ermm yup..yup..tp ini tidak bleh dipetik..larangan keras oleh kakitangan di sana..bg memastikan mutu dan kesegaran buah..

 Caj yang dikenakan untuk ke taman ini adalah RM 2.00 utk Dewasa dan RM 0.50 utk kanak2.
 Tgk..tu...ada banner lg...erm terdapat 4 jenis anggur klon yg ditanam di Malaysia iaitu Black Opal,New White Malaga,Black Queen dan IAC..

Ini tgh dgr taklimat dr pegawai bertugas time lawatan puspanita pjbat saya...hohoho...tak sabar nk bagi hbs ceramah ni terliur hbs tgk anggur nie.. Kurang bernasib baik time saya ke Taman ini buah yg ditanam belum bleh dituai krna blum smp tempoh matangnya iaitu 120-140 hari...tp dpt la rasa buah anggur tu..sedap,manis cuma saiznya kecil dr pasaran...Kalu nk rasa bleh la pergi pada akhir bulan 11,2011 ini krna sudah bleh dituai dan anda dpt beli buah terbaek dr ladang anggur ini...

  Harga dari ladang RM 6.00/kg

ps : Ladang Anggur bleh didapati jgk di Beris,Sik,Kedah...Jom jln2 cari mkn ...

No comments:

Post a Comment